
Kes pelatih PALAPES UTM: Peguam gesa AGC segera adakan inkues
KAJANG – Peguam yang mewakili keluarga pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya satu inkues diadakan dengan segera.
Peguam, Datuk Naran Singh Ara Singh berkata, pihaknya berharap supaya arahan mengadakan inkues itu segera dikeluarkan selepas bedah siasat kedua selesai dilaksanakan.
“Walaupun pada awalnya pihak Peguam Negara membantah pelaksanaan bedah siasat itu, akhirnya ia berjaya dijalankan selepas mahkamah mengeluarkan arahan.
“Saya berharap selepas ini inkues juga akan diwajibkan agar kebenaran dapat dicapai, sama seperti kes Zara (Allahyarham Zara Qairina) dahulu di mana proses bedah siasat dituntut, bagi mengenal pasti punca kematian dijalankan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas kerja menggali semula jenazah Syamsul Haris di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu, Semenyih, di sini hari ini.
Sementara itu, proses penggalian semula kubur Allahyarham Syamsul Haris selesai pukul 9.22 pagi tadi.
Jenazah Syamsul ditutupi dengan bungkusan khas yang disediakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibawa menaiki van untuk dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan diiringi kawalan ketat polis.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








