RM500,000 bantu Gabungan Penjaja Kecil Melayu – PM
KUALA LUMPUR – Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi Gabungan Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), membaik pulih kemudahan asas serta memperindah landskap pusat penjaja di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu penting bagi memastikan gerai dan warung bukan sahaja selesa untuk rakyat, malah turut menarik kehadiran pelancong.
“Jika gerai dan warung bersih, diindahkan dan dilengkapi kemudahan asas yang baik, saya percaya bukan sahaja rakyat memanfaatkan peluang ini tetapi juga pelancong. Sementara menunggu belanjawan dibentangkan, saya luluskan setengah juta ringgit untuk gabungan persatuan,” katanya.
Baca juga : PM gesa PBT setiap negeri contohi Kuala Lumpur angkat martabat penjaja kecil
Beliau menambah, dana berkenaan akan disalurkan terus kepada GPPPKMM untuk dimanfaatkan bagi kegiatan serta perjalanan persatuan agar program yang dirancang tidak terganggu.
Anwar berkata demikian ketika berucap demikian pada Majlis Makan Malam Jubli Emas sempena ulang tahun ke-50 GPPPKMM yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan
di MATRADE, Kuala Lumpur malam tadi.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu hasil perbincangan Kementerian Kewangan bersama kementerian lain, dengan memberi tumpuan kepada sokongan terhadap peniaga dan penjaja kecil yang turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








