BERITA SEMASA

PM syor wakil rakyat terima satu pencen sebagai tanggungjawab moral

KUALA LUMPUR – Golongan ahli politik yang menerima pelbagai ganjaran pencen wajar menolak bayaran tersebut dan hanya menerima satu daripada manfaat itu sebagai memenuhi tanggungjawab moral.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu bagaimapun bergantung kepada invidivu kerana kerajaan tidak boleh mengubah apa yang telah diputuskan mengikut perlembagaan sebelum ini.

“Ia melibatkan pindaan undang-undang. Jadi tidak boleh membatalkan yang sedia ada kerana sudah terikat dengan jaminan perlembagaan.

“Cuma dari segi moral, orang yang mendapat gaji menteri, menteri besar atau pegawai kerajaan yang menerima tiga atau empat pencen mungkin dalam keadaan begini, mahu memenuhi tanggungjawab moral memilih untuk menolak pencen yang lain dan memilih satu.

“Itu mungkinlah. Terserah kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ulang Tahun ke-60 Zoo Negara di sini hari ini.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman yang mahu skim bayaran bulan kepada bekas wakil rakyat dan skim pencen kepada penjawat awam diteruskan.

Abdul Aziz berkata, bayaran yang diterima wakil rakyat bukan bayaran pencen tetapi adalah ganjaran.

Menjelas lanjut, Perdana Menteri berkata, cadangan yang dikemukakan kerajaan mengenai perkara itu pada ketika ini adalah untuk dilaksanakan pada masa akan datang.

“Sebenarnya masalah orang tidak baca. Perlembagaan tidak membolehkan kita membatalkan apa telah dipersetujui sebelum ini.

“Yang kita nak mulakan adalah peraturan baru yang boleh berkuatkuasa setelah diputuskan. Cadangan kita kepada jemaah menteri termasuklah jawatan-jawatan politik,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button