Berita Semasa

Usaha kesan 12 peserta kembara warga Malaysia digiatkan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi sedang giat mengesan 12 rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dihubungi berikutan fenomena hujan lebat melanda wilayah utara India pada Ahad lalu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, usaha mencari tersebut turut dilaksanakan dengan bantuan pihak berkuasa tempatan.

“Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah dimaklumkan kumpulan ini sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh, India.

“Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga akan terus memantau perkembangan di Himachal Pradesh dan menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, mereka boleh menguhubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India 50-M Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi atau berhubung di talian 91 85955 50594 dan Emel di mwdelhi@kln.gov.my.

Wisma Putra turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan terus berwaspada serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca di setiap lokasi yang dikunjungi.

Tambah kenyataan itu, sebarang perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia yang terkesan dalam kejadian itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Show More

Related Articles

Back to top button