BERITA SEMASADALAM NEGERI

Zara Qairina: Ketua Pemuda UMNO desak pegawai penyiasat ditukar

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa agar siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir yang maut selepas dikatakan terjatuh dari bangunan asrama di Papar, Sabah, diserahkan kepada pegawai penyiasat baharu.

Tindakan itu katanya perlu bagi memastikan siasatan dapat dilakukan secara telus dan adil tanpa mencetuskan keraguan atau pertikaian.

“Alhamdulilah moga keadilan untuk adik Zara.
Pemergiannya dirasai oleh kita semua.

“Kita desak agar kes ini disiasat oleh pegawai penyiasat yang berlainan daripada yang menjalankan siasatan awal supaya tiada syak wasangka.

“Kita semua Zara Qairina. #justiceforzaraQairina,” katanya dalam hantaran di Facebook, Sabtu.

Desakan itu timbul selepas arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan ke atas jenazah.

Sementara itu, malam tadi, ribuan orang berkumpul di Dataran Harbour Mall, Sandakan, dalam perhimpunan menuntut keadilan bagi mangsa.

Orang ramai mula tiba seawal pukul 7 malam sambil membawa sepanduk dan kain rentang sebagai tanda solidariti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button