Akmal Saleh hipokrit isu bendera terbalik – DAPSY
KUALA LUMPUR – Pemuda DAP menyifatkan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh sebagai tidak konsisten dan hanya mencetuskan polemik dalam isu bendera terbalik yang tular baru-baru ini.
Penolong Setiausaha DAPSY Kebangsaan, Edmund Lim berkata, rakyat sudah lama memerhati sikap Ahli Parlimen Merlimau itu yang sering memanaskan isu-isu kecil semata-mata mahu menimbulkan kebencian dalam kalangan masyarakat.

“Kita sudah lama nampak perangai Akmal. Dia bukan mahu menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya menambah api kemarahan.
“Sepatutnya sebagai pemimpin muda, beliau tampil dengan cadangan membina dan meredakan keadaan.
“Bila melibatkan pihak lain, beliau cepat melenting kononnya demi maruah negara. Tapi apabila kes sama berlaku melibatkan pemimpin PAS, beliau senyap dan tenang pula.
” Ini jelas menunjukkan sikap hipokrit dan ‘double standard’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Edmund berkata, rakyat ketika ini memerlukan pemimpin yang matang, berhemah dan mampu menyatukan rakyat, bukannya yang hanya ghairah mencari publisiti murahan.
Beliau turut berkata, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memberi tumpuan kepada agenda rakyat termasuk membangunkan ekonomi, mencipta peluang pekerjaan dan menjaga kebajikan semua kaum.
“Jika benar Akmal sayang Jalur Gemilang, beliau seharusnya konsisten dalam pendiriannya dan menegur secara berhemah, bukan hanya bila kena pada pihak lawan. Kepimpinan bukan tentang siapa paling kuat menjerit, tapi siapa paling berani buat kerja.
“Kita yakin rakyat sudah matang menilai. Mereka tahu siapa yang benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat dan siapa yang hanya tahu mencipta isu untuk kepentingan politik,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








