POLITIK

Kongres DAP bakal putuskan kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan atau tidak akan diputuskan para perwakilan pada Kongres Nasional DAP, 16 Ogos depan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, jawatankuasa tertinggi pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat malam tadi bersetuju untuk menyerahkan kepada para perwakilan untuk membuat keputusan.

“Satu usul akan dicadangkan ketika kongres itu, iaitu samada DAP kekal (sehingga tamat tempoh penggal) atau keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

“Lebih 4,000 para perwakilan akan hadir, jadi kita serahkan kepada kebijaksanaan mereka untuk membuat keputusan (kekal atau keluar dari kerajaan),” kata Anthony dalam sidang media selepas mesyuarat CEC DAP, malam tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button