BERITA SEMASAPOLITIK

Akmal nafi dakwaan laungan “hidup Anwar”, tuntut agensi media mohon maaf

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh menafikan dakwaan kononnya laungan “hidup Anwar” kedengaran semasa Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) seperti dilaporkan sebuah agensi media tempatan hari ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau menegaskan tiada satu pun laungan sedemikian kedengaran sepanjang program berkenaan berlangsung.

Sehubungan itu, beliau mendesak Sinar Harian supaya memperbetulkan laporan terbabit dan memohon maaf sebelum sebarang tindakan saman dikenakan.

“Saya desak Sinar Harian untuk perbetulkan dan minta maaf sebelum tindakan saman kami kenakan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau turut menyelar laporan tersebut dengan menyifatkannya sebagai tidak tepat dan bersifat fitnah, sambil menegaskan bahawa penyampaian berita seharusnya berlandaskan fakta yang betul.

“Kalau nak jual berita pun, biarlah berita yang betul. Bukan jual dengan cerita fitnah.
Itu level pencacai,” katanya lagi.

Dalam pada itu, tinjauan Malaysia Tribune mendapati artikel berkenaan telah diturunkan daripada laman sesawang agensi media tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button