Pelakon Korea Selatan ditemukan meninggal dunia dalam kereta
SEOUL – Pelakon Korea Selatan, Song Yung-kyu,55, dilaporkan meninggal dunia, pagi tadi.
Laporan media tempatan yang memetik Balai Polis Yongin Dongbu berkata, jasad mendiang ditemukan sekitar pukul 8 pagi tadi (waktu tempatan) di dalam sebuah kereta yang diletakkan di kawasan perumahan di Yongin, selatan Seoul, oleh seorang kenalan.
Polis memaklumkan, siasatan masih diteruskan dengan siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan tiada nota bunuh diri dijumpai.
Mendiang Yung-kyu baru-baru ini berdepan masalah undang-undang apabila ditangkap memandu dalam keadaan mabuk Jun lalu.
Berikutan itu, mendiang terpaksa mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka apabila kes tersebut menjadi pengetahuan umum.
Bagaimanapun, susulan skandal berkenaan, lakonan beliau telah dipotong daripada beberapa babak dalam siri TV The Defects yang sedang bersiaran dan terpaksa menarik diri daripada produksi Shakespeare In Love yang dipentaskan di Teater CJ Towol, Pusat Seni Seoul.
Antara filem dan drama lakonan mendiang sebelum ini termasuk Extreme Job, Tale Of The Nine-Tailed, Hyena, Narco-Saints, dan Big Bet.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







