Penyahsenaraian FGV dari Bursa Malaysia satu langkah strategik kembali kepada matlamat asal
KUALA LUMPUR – Langkah menyahsenaraian FGV Holdings Berhad (FGV) daripada Bursa Malaysia berkuatkuasa 28 Ogos ini diharap dapat mengembalikan semula matlamat asal penubuhan syarikat berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan kini adalah menyalurkan semula manfaat kepada peneroka FELDA khsusunya dalam aspek keuntungan.
“Kita boleh mula nyahsenarai mulai 28 Ogos ini. Maknanya FELDA tidak terikat, FELDA satu kekuatan dengan FVG boleh tentukan arah tuju mereka dan boleh beri jaminan dengan koperasi (Koperasi Permodalan FELDA Bhd) supaya faedah dan kepentingan peneroka itu menjadi keutamaan.
“Sebaik saja hal ini ini diuruskan, saya bersama Datuk Seri Zahid akan tetapkan dengan Shabery Cheek, dan rakan rakan, dan saya nak beli nak pastikan pengarahan yang jelas daripada Kerajaan.
“Iaitu, pastikan FGV kembali kepada matlamat asal FELDA…keutamannya kepada peneroka, hak mereka, hasil mereka dan koperasi yang mereka tentukan.
“Jadi yang selanjutnya biar mereka uruskan untuk beberapa bulan pertama, supaya akan berhasil projek FELDA seperti mana diinginkan,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC), di sini hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut berkata, pengurusan FELDA dan FGV diharap akan dapat kembali meningkatkan mutu pengoperasian bagi beberapa bulan pertama selepas penyahsenaraiannya.
Kelmarin, media melaporkan FELDA berjaya melepasi ambang 90 pemilikan dalam FGV berikutan tawaran pengambilalihan sukarela tanpa syaratnya, sekali gus membuka jalan untuk penyahsenaraian FGV di Bursa Malaysia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








