BERITA SEMASA

Hujan lebat punca tanah runtuh halang laluan ke Cameron Highlands

GOPENG – Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley menuju ke Cameron Highlands akibat hujan lebat, malam tadi.

Kejadian di laluan FT185 Seksyen 45 sekitar pukul 11.25 malam itu mengakibatkan laluan kedua-dua arah terhalang.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, setakat ini, tiada kerosakan melibatkan pengguna jalan raya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, jumlah aliran air permukaan yang tinggi akibat hujan lebat menyebabkan sisa tanah runtuh ke bahagian jalan.

“Runtuhan menyebabkan jalan tidak dapat dilalui oleh kenderaan.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan, cerun sedia ada dalam proses pembaikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kerja pembersihan telah pun dilaksanakan di lokasi kejadian sebaik laporan kes itu diterima.

“Sekitar pukul 1.34 pagi tadi, satu lorong telah dibersihkan dan dibuka untuk laluan kenderaan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button