Malaysia berpotensi jadi hab keilmuan Islam serantau
KUALA LUMPUR – Malaysia berpotensi besar untuk muncul sebagai hab keilmuan Islam antarabangsa menerusi pendekatan sederhana, progresif dan inklusif, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.
Menurut beliau, penerimaan sebanyak 235 jilid Hui Muslim Canon daripada delegasi China merupakan langkah signifikan dalam usaha memperkasa dan memartabatkan warisan keilmuan Islam di peringkat global.
“Peninggalan ilmiah itu hasil karya sarjana Hui Muslim selama lebih 1,000 tahun. Ia bukan sahaja memperkayakan khazanah ilmu di Malaysia, malah membina jambatan ilmu antara dunia Islam Timur dan Alam Melayu,” katanya menerusi satu hantaran di platform X.
Delegasi China itu diketuai oleh Naib Pengerusi Persatuan Masakan China, Ma Zhijun.
Mohd Na’im menambah, inisiatif tersebut turut mencerminkan semangat Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam yang menghargai kepelbagaian budaya, mengukuhkan ukhuwah dan menyemai perpaduan sejagat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








