LUAR NEGARA

Siasatan awal dapati kereta dinaiki Diogo Jota dipandu melebihi had laju

LONDON – Bukti awal siasatan terhadap kemalangan yang mengorbankan bintang Liverpool, Diogo Jota dan adiknya, Andre menunjukkan kenderaan dinaiki mereka dipandu melebihi had laju.

Menurut portal The Mirror yang memetik kenyataan pihak berkuasa Sepanyol, laporan pakar masih dalam dalam penyediaan dan dimuktamadkan.

“Antara lain, polis trafik dari cawangan Zamora sedang mengkaji kesan tayar di lokasi kemalangan.

“Segala-galanya juga menunjukkan kemungkinan pemanduan dengan kelajuan tinggi yang jauh melebihi had laju yang dibenarkan di laluan lebuh raya itu,” kata kenyataan itu.

BACA JUGA:
Diogo Jota maut dalam nahas jalan raya di Sepanyol
Tayar pecah ketika memotong punca kemalangan korbankan bintang Liverpool
Liverpool abadikan jersi nombor 20 milik Jota
Liverpool bayar penuh baki kontrak Jota, rancang memorial kekal di Anfield

Kenyataan itu turut menyebut, ujian setakat ini menunjukkan kereta jenis Lamborghini itu dipandu mendiang Diogo ketika kemalangan.

Diogo dan adiknya, Andre, maut 3 Julai lalu selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas lalu terbakar ketika melalui kawasan perbandaran Cernadilla dalam wilayah Zamora.

Mereka berdua memandu dari Porto, Portugal ke pelabuhan di Santander, Sepanyol untuk menaiki feri pulang ke United Kingdom (UK).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button