2,248 pegawai perubatan terima penempatan, rayuan dibuka hari ini – Dr Dzulkefly
PUTRAJAYA – Seramai 2,248 Pegawai Perubatan Kontrak Gred UD10 yang ditawarkan lantikan tetap kini boleh membuat semakan keputusan penempatan masing-masing menerusi sistem e-Placement bermula hari ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, calon yang ingin mengemukakan rayuan pertukaran penempatan boleh berbuat demikian melalui pautan borang Google yang disediakan dalam hebahan sistem tersebut.
“Tempoh rayuan dibuka mulai hari ini, 8 Julai Selasa pukul 10.00 pagi hingga 14 Julai Isnin pukul 5.00 petang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Kesihatan Awam di Putrajaya hari ini.
Jelas beliau, hanya rayuan yang lengkap dan dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Rayuan Penempatan dan Pertukaran (JKPP).
“Rayuan yang diterima sebelum atau selepas tempoh ini tidak akan dilayan bagi memastikan proses semakan dapat dilakukan lebih awal dan tidak menjejaskan garis masa serta urusan pelaporan diri di penempatan masing-masing,” ujarnya.
Keputusan rayuan akan diumumkan pada 19 Ogos depan dan pegawai terlibat boleh menyemaknya melalui sistem e-Placement.
Baca juga : 1,500 pesakit kanser terima rawatan percuma hasil kerjasama KKM–IHH
Tambah Dr Dzulkefly, pelaksanaan sistem penempatan secara dalam talian ini mencerminkan nilai MADANI seperti kemampanan, kesejahteraan dan daya cipta, sekali gus memperkukuh sistem kesihatan awam negara dalam menghadapi cabaran masa hadapan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment