BERITA SEMASALUAR NEGARA

Tragedi belon udara panas: 8 terbunuh di Praia Grande

PRAIA GRANDE – Sekurang-kurangnya lapan maut selepas belon udara panas membawa 21 penumpang terbakar dan terhempas di Praia Grande, selatan Brazil, semalam.

Gabenor Santa Catarina, Jorginho Mello berkata, 13 penumpang terselamat dan menerima rawatan di pusat perubatan berhampiran.

Menurut kenyataan pasukan penyelamat, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kegagalan sistem pembakaran gas.

“Juruterbang cuba melakukan pendaratan kecemasan dan meminta penumpang terjun ketika belon berada pada ketinggian rendah, namun sebahagian mereka gagal mengelak daripada terkena api,” katanya dalam satu kenyataan.

Praia Grande merupakan lokasi bagi aktiviti belon udara panas, khususnya ketika musim perayaan Jun yang diraikan secara besar-besaran di Brazil.

Insiden itu merupakan kejadian kedua dalam tempoh kurang seminggu membabitkan belon udara panas, susulan nahas di São Paulo yang mengorbankan seorang wanita.

Presiden Luiz Inácio Lula da Silva dalam kenyataan susulan berkata, kerajaan persekutuan akan terus menyalurkan sokongan sewajarnya kepada mangsa dan keluarga terlibat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button