BERITA SEMASA

Anwar ucap takziah kematian G. Palanivel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah di atas pemergian bekas Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel.

“Mendiang banyak berjasa kepada negara sebagai Presiden MIC, Ahli Parlimen serta melalui pelbagai jawatan dalam kerajaan sejak 1990.

“Sumbangan beliau dalam memperjuangkan masyarakat India, pembangunan luar bandar dan pemuliharaan alam sekitar amat dihargai.

“Semoga keluarga mendiang tabah menghadapi kehilangan ini,” tulis Anwar melalui hantaran di Facebook.

Palanivel, 76, yang juga bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 8 pagi tadi.

Mendiang menyertai MIC sebagai ahli biasa pada 1968 sebelum mula bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada 1990.

Palanivel berjaya memenangi Parlimen Hulu Selangor dan kekal sebagai wakil rakyat di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sebelum tewas pada 2008.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button