BERITA SEMASAPOLITIK

74 wanita seluruh negara sertai SIWANIS 2025, perkukuh agenda nasional pemberdayaan wanita

SHAH ALAM – Seramai 74 wanita berumur antara 18 hingga 45 tahun dari seluruh negara dipilih menyertai program Sidang Wanita Selangor (SIWANIS) 2025, sekali gus menjadikan penganjuran tahun ini lebih inklusif dan bersifat nasional.

Pelancaran rasmi SIWANIS 2025 disempurnakan oleh Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari dalam sebuah majlis simbolik yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya, hari ini.74 wanita seluruh negara sertai SIWANIS 2025, perkukuh agenda nasional pemberdayaan wanita

Menurut Anfaal, penyertaan yang merentas negeri ini bukan sahaja memperkukuh jaringan wanita muda dalam kepimpinan, malah membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman rentas komuniti yang lebih luas.

Beliau berkata, peserta SIWANIS 2025 akan menjalani dua siri bengkel utama yang memberi pendedahan terhadap proses penggubalan dasar menerusi lensa gender, serta pemahaman tentang undang-undang tubuh dan peraturan Dewan Negeri Selangor.

74 wanita seluruh negara sertai SIWANIS 2025, perkukuh agenda nasional pemberdayaan wanita

“Daripada jumlah tersebut, 56 peserta terbaik akan dipilih menyertai fasa lanjutan yang merangkumi sesi lawatan lapangan bersama Ahli Dewan Negeri sebagai mentor, syarahan khas, simulasi persidangan serta perbahasan utama yang bakal berlangsung pada 12 Ogos 2025 di Dewan Negeri Selangor.

“Pendekatan mentor-mentee secara rasmi juga diperkenalkan, di mana peserta akan mula dibimbing secara langsung oleh Ahli Dewan Negeri bermula 14 Julai 2025, bersempena Sidang DUN Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.74 wanita seluruh negara sertai SIWANIS 2025, perkukuh agenda nasional pemberdayaan wanita

Menurut Anfaal, kualiti kandungan dan pengisian juga dipertingkatkan tahun ini menerusi penglibatan tokoh penting negara termasuk Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Johari Abdul yang dijadual menyampaikan syarahan khas berkaitan kepimpinan Parlimen dan penggubalan dasar.

SIWANIS 2025 merupakan platform simulasi persidangan Dewan Negeri Selangor yang dilaksanakan dengan kerjasama strategik antara Wanita Berdaya Selangor (WBS), Pejabat Speaker Dewan Negeri Selangor, Open University Malaysia (OUM) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER).

Anfaal berkata, objektif utama SIWANIS ialah untuk mencungkil bakat kepimpinan wanita, memperkukuh penguasaan terhadap isu dasar dan tadbir urus serta memberi latihan praktikal dalam aspek komunikasi dan kepimpinan.

“Ia juga menyokong sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita dalam kepimpinan, dengan aspirasi mencapai 50 peratus penglibatan sebagai pembuat keputusan di pelbagai peringkat,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan negeri terhadap pemberdayaan wanita tidak hanya tertumpu kepada pengisian kuota, sebaliknya bertujuan melahirkan pemimpin wanita berkaliber, berpengetahuan dan berjiwa rakyat.

Anfaal menyifatkan penganjuran SIWANIS 2025 sebagai bukti komitmen berterusan Selangor dalam memperkasa wanita, seiring dengan Dasar Wanita Selangor, Rancangan Selangor Pertama (RS-1) serta selari dengan semangat Malaysia MADANI.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button