Harimau Malaya menang besar, FAM ucap terima kasih kepada PM
KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia susulan sokongan penuh yang diberikan kepada skuad Harimau Malaya.
Menurut FAM, sokongan itu antara faktor penting di sebalik kemenangan 4-0 pasukan negara ke atas Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

“Bantuan kewangan menerusi peruntukan khas serta peranan kerajaan sebagai pemudah cara dalam urusan dokumentasi pemain warisan baharu amat dihargai,” jelas kenyataan tersebut di Facebook FAM, hari ini.
Difahamkan, beberapa pemain warisan berjaya didaftarkan tepat pada waktunya dan diturunkan dalam perlawanan penting Kumpulan F itu.
FAM turut berharap sokongan berterusan daripada kerajaan dan penyokong akan terus mengangkat Harimau Malaya sebagai pasukan disegani di Asia.
“Terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi. Ayuh terus bersama Harimau Malaya,” kata FAM lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








