Sultan Brunei keluar IJN, istirehat di Kuala Lumpur sebelum pulang
KUALA LUMPUR – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) semalam selepas menjalani pemantauan kesihatan sejak beberapa hari lalu.
Menurut kenyataan rasmi Jabatan Penerangan Negara Brunei Darussalam di laman Facebook, baginda kini bersemayam semula di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Baginda juga dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk meneruskan istirehat selama beberapa hari lagi sebelum berangkat pulang ke tanah air.
Turut berangkat bersama baginda ialah Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta beberapa ahli kerabat diraja Brunei.
Sultan Hassanal sebelum ini berada di Kuala Lumpur bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan berkala.
Baginda juga terlibat sebagai salah seorang ketua negara pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di ibu kota pada 26 dan 27 Mei lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








