BERITA SEMASADALAM NEGERI

158 ahli BAKAT sertai Program Taklimat Kemahiran Keluarga Tentera (K2T)

KUALA LUMPUR – Seramai 158 orang ahli Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) menghadiri jelajah kedua Program Taklimat Kemahiran Keluarga Tentera (K2T) BAKAT & Anak-Anak ATM yang berlangsung di Dewan Dato’ Othman Harun, Kem Wardieburn, baru-baru ini.

Program itu merupakan kerjasama strategik antara Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan tajaan Pharmaniaga Berhad.

Program itu menyasarkan ahli BAKAT dalam pelaksanaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi kursus jangka masa pendek yang berteraskan kemahiran, dengan tujuan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga ATM, menurut kenyataan di Facebooknya.

Seramai 158 orang ahli BAKAT menghadiri jelajah kedua Program Taklimat Kemahiran Keluarga Tentera (K2T) BAKAT & Anak-Anak ATM yang berlangsung di Dewan Dato’ Othman Harun, Kem Wardieburn, baru-baru ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Haslinda Mohd Ali yang menzahirkan sokongan padu terhadap program tersebut dan menyeru agar lebih ramai lagi ahli BAKAT merebut peluang yang disediakan.

Turut hadir, Rozita Waty Ridzuan, Pengerusi BAKAT 4 Div; Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri & Komuniti JPPKK, Dr. Riam a/p Chau Mai; Pengurus Kanan Strategi & CSR YLTAT, Ruswinti Mahmood, dan Pengurus Strategi & CSR YLTAT, Zarina binti Mohamad.

Pengisian acara ini turut dimeriahkan dengan reruai pameran Kolej Komuniti yang memaparkan info kursus dan demo kemahiran sebagai sebahagian usaha berterusan Yayasan LTAT memperkasakan keluarga ATM melalui ilmu dan peluang baharu.
#YayasanLTAT

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button