BERITA SEMASALUAR NEGARA

Anggota polis maut ditembak sniper di Narathiwat

BANGKOK – Seorang anggota polis maut manakala dua lagi parah selepas menjadi mangsa serangan penembak hendap di sebuah balai polis di selatan Thailand, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi waktu tempatan di Balai Polis Chanae, seorang penembak dipercayai menggunakan raifal penembak tepat melepaskan tembakan ke arah sekumpulan anggota polis yang sedang berbaris untuk upacara menaikkan bendera.

Memetik laporan Kosmo! mangsa yang terkorban dikenali sebagai Sarjan Abdulloh Makaseng, yang terkena tembakan tepat di bahagian kepala dan dada, beliau disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua lagi anggota polis turut mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di hospital berdekatan.

Hasil siasatan daripada penyiasat forensik, mendapati peluru yang digunakan menunjukkan serangan dilakukan dari jarak jauh dan dipercayai telah dirancang rapi.

Penyerang dipercayai mendekati kawasan balai dengan berjalan kaki sebelum memilih lokasi tersembunyi untuk melepaskan tembakan.

“Trajektori peluru yang ditemui mengesahkan ini merupakan serangan terancang,” kata polis

Sementara itu, siasatan awal turut mengesyaki bahawa serangan tersebut didalangi kumpulan pemisah yang diketuai Hayuming-Sidi Putae, yang aktif di kawasan pergunungan daerah Chanae.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button