Pemilik kedai emas diculik kerana enggan serahkan emas 30kg
KOTA BHARU – Polis mengesahkan kejadian penculikan seorang pemilik kedai emas minggu lalu adalah disebabkan dia enggan menyerahkan bahan mineral emas sebanyak 30 kilogram (kg).
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, mangsa berusia 44 tahun kemudiannya diculik sekumpulan individu yang dipercayai berbuat demikian bagi mendapatkan wang, lapor BERNAMA.
“(Bagaimanapun) Wang itu tidak sempat diserahkan kerana mangsa dibebaskan pada hari sama susulan tindakan pantas polis melancarkan operasi besar-besaran termasuk sekatan jalan raya di seluruh negeri dan kawasan sempadan.
“Kemungkinan besar suspek menyedari operasi polis dan bertindak melepaskan mangsa,” katanya, hari ini.
Mohd Yusoff berkata, difahamkan mangsa mengenali suspek dan usaha mengesan empat lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu sedang giat dijalankan.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 365.
Sebelum ini, tular klip video memaparkan kenderaan mangsa dihadang dan dia secara paksa dibawa menaiki kereta Suzuki Swift berwarna kelabu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |











