BERITA SEMASA

‘Saya masih ingat, hafal lagu UMNO’ – Anwar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehadirannya dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 adalah untuk memperkukuhan hubungan Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri berkata, meskipun mempunyai pengalaman peribadi bersama bekas partinya itu, ia tidak boleh mengatasi kepentingan kepada rakyat dan negara.

“Yang penting menyempurnakan tugas kepada negara, pengalaman peribadi itu penting tapi dia tak boleh atasi kepentingan rakyat dan negara.

“Jadi saya hadir semula dan saya menggunakan platform perpaduan ini untuk memperkukuh kerajaan dan memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri PAU 2023 di WTC hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memasuki Dewan Merdeka di WTC hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau juga senang dan selesa dengan suasana di Dewan Merdeka kerana sudah biasa dengan situasi tersebut ketika berada dalam UMNO.

Sementara itu, secara berseloroh Anwar berkata, beliau juga masih menghafal lagu UMNO.

Terdahulu Anwar yang hadir dalam perhimpunan tersebut turut dilihat menyanyikan lagu UMNO bersama pemimpin dan ahli UMNO yang lain.

Anwar yang dipecat daripada UMNO kira-kira 25 tahun yang lalu dijemput hadir sebagai tetamu kehormat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button