Arab Saudi tahan pemastautin Indonesia disyaki dalang skim penipuan kempen haji palsu
MAKKAH – Pihak berkuasa Arab Saudi menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi skim penipuan di media sosial yang melibatkan iklan kempen haji palsu.
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), suspek ditahan dan prosiding undang-undang sudah dimulakan terhadap mereka sebelum dirujuk kepada Pendakwa Raya.
Difahamkan, skim itu menawarkan perkhidmatan penginapan dan pengangkutan yang tidak wujud untuk jemaah di kawasan tanah suci.
Sehubungan itu, pihak Keselamatan Awam Arab Saudi menggesa rakyat dan pemastautin untuk mematuhi peraturan dan garis panduan rasmi berkaitan haji, seperti yang telah ditetapkan.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi turut mengeluarkan amaran terhadap kempen haji palsu, pejabat tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan kepada jemaah, serta iklan yang mengelirukan.
Kementerian itu menekankan kepentingan mematuhi peraturan dan arahan haji yang dirangka bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah, membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan lancar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








