BERITA SEMASA

Hari Guru: 27 buah sekolah di Putrajaya dapat kejutan, terima kek dari Biro Pendidikan Perpaduan 

PUTRAJAYA – Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya membuat kejutan sempena Hari Guru hari ini dengan menghantar 27 kek kepada semua sekolah di sini sebagai tanda menghargai warga pendidik.

Pengerusinya, Datuk Mohd Hisamudin Yahya berkata, kek tersebut diagihkan ke semua sekolah rendah dan menengah menerusi yang dipertua persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) masing-masing.

“Program ini merupakan salah satu usaha Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya dalam memperkukuh hubungan silaturahim antara komuniti setempat dan institusi pendidikan selain mengiktiraf peranan guru dalam membentuk masyarakat yang berilmu dan berakhlak,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Antara sekolah yang menerima sumbangan tersebut termasuk Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1), Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1), Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya.

Program itu dijayakan sepenuhnya dengan kerjasama ahli-ahli biro serta sukarelawan yang turut terlibat dalam penyediaan dan pengagihan kek.

Selaras dengan tema Hari Guru tahun ini “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” sumbangan itu bukan sahaja mencerminkan penghargaan terhadap guru, malah menyokong usaha memperkukuh nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat melalui semangat perpaduan dan penghormatan kepada profesion perguruan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button