BERITA SEMASA

Selangor gerak usaha bersama PDRM, KPM tingkatkan keselamatan sekolah

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan komuniti setempat supaya tahap keselamatan di semua sekolah dalam Selangor dipertingkatkan dengan segera.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sekolah seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak kita dan perkara itu akan menjadi keutamaan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Tambah beliau, beberapa langkah termasuk usaha keselamatan dan sokongan kesihatan mental pelajar akan diputuskan segera bagi menjamin keselamatan semua anak-anak kita di sekolah.

“Pagi tadi, seluruh negeri dikejutkan dengan insiden seorang pelajar peremuan ditikam maut oleh seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di Petaling Jaya.

“Sebagai seorang ayah yang turut mempunyai anak perempuan, saya tidak dapat membayangkan situasi yang sedang dilalui oleh ibu bapa mangsa, dan saya mengucapkan takziah kepada mereka.

“Semoga mereka diberikan kekuatan dan perlindungan dalam menghadapi tragedi ngeri ini,” katanya Amirudin dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Amirudin berkata, beliau telah berhubung dengan Ketua Polis Selangor yang mengesahkan bahawa pihak polis sedang menyiasat kes jenayah ini, dan dimaklumkan bahawa ia tidak melibatkan unsur perkauman.

“Di peringkat siasatan, pihak polis akan terus menyiasat elemen jenayah kes ini dan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai,” katanya lagi.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan kes tikam di sebuah sekolah yang menyebabkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun terbunuh di tempat kejadian.

Suspek seorang pelajar berusia 14 tahun sudah ditahan dan akan dibawa ke mahkamah esok bagi permohonan reman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button