BERITA SEMASA

Warden penjara maut digilis lori simen dipercayai rosak brek

MELAKA – Seorang warden penjara wanita maut dalam kejadian ngeri apabila motosikal ditunggang digilis lori simen yang dipercayai mengalami masalah brek di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sungai Udang – Paya Rumput – Ayer Keroh (SPA), petang semalam.

Mangsa, Sarjan Amal Nurlidar Ghazali, 42, yang bertugas dengan Jabatan Penjara Malaysia, disahkan maut di lokasi kejadian selepas terperosok di bawah lori berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.50 petang ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat menaiki motosikal Yamaha Ego Solariz.

“Ketika kejadian, sebuah lori simen yang dipandu lelaki berusia 49 tahun dari arah sama dipercayai mengalami masalah brek dan gagal dikawal. Pemandu lori itu cuba mengelak kenderaan lain dan terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh mangsa,” katanya.

Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan mangsa digilis dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button