BERITA SEMASAPMX

Kerajaan ambil pendekatan teliti, berhemah tangani isu tarif AS – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengambil pendekatan yang teliti dan berhemah dalam menangani isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pendekatan tersebut diambil dengan mengutamakan rundingan diplomatik serta kerjasama serantau.

“Pendekatan ini dilaksanakan secara tenang dan seimbang, dengan tujuan utama untuk melindungi kepentingan negara serta memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia memainkan peranan aktif dalam memperkukuh hubungan dengan AS serta rakan dagang utama seperti China dan Kesatuan Eropah (EU).

Beliau berkata, pada masa yang sama, kerajaan turut meneroka peluang perdagangan baharu dengan negara-negara ekonomi sedang pesat membangun seperti Rusia dan Brazil.

Jelas beliau, ia adalah sebagai sebahagian daripada usaha mempelbagaikan pasaran eksport negara, sejajar dengan strategi ekonomi jangka sederhana negara.

“Strategi itu memberi tumpuan kepada kestabilan makroekonomi, daya tahan perdagangan global, dan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI), demi memastikan kemakmuran yang inklusif dan mampan untuk seluruh rakyat,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button