Polis tahan lelaki rempuh tujuh murid dengan kereta
OSAKA – Polis menahan seorang lelaki kerana didakwa sengaja merempuh tujuh murid sekolah dengan keretanya, hari ini.
Laporan media tempatan menyebut, kejadian berlaku ketika kumpulan murid itu sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah.
Kesemua mereka dilaporkan cedera dan dihantar ke hospital.
Bagaimanapun, menurut NHK, kesemua mangsa berada dalam keadaan sedar dan ‘tidak membimbangkan’.
Difahamkan, pemandu berusia 28 tahun yang tinggal di Tokyo itu ditahan atas dakwaan cuba membunuh.
NHK melaporkan, lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan itu membuat pengakuan ketika ditahan sambil menyatakan dia “bosan dengan segala-galanya, jadi dia merempuh mereka dengan niat untuk membunuh seseorang”.
Menurut saksi kepada Nippon TV, kereta itu dilihat “berpusing-pusing” ketika merempuh kanak-kanak tersebut, dengan seorang murid perempuan “berlumuran darah dan yang lain mengalami luka-luka”.
Lelaki berkenaan memakai pelitup muka dan “kelihatan seperti dalam keadaan terkejut” selepas ditarik keluar oleh guru-guru sekolah, kata seorang saksi kepada Nippon TV.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








