Siasatan pelajar penerbangan jatuh kondo, polis rakam keterangan 5 individu
CHERAS – Pihak polis selesai merakam keterangan lima individu dalam siasatan kematian seorang pelajar jurusan penerbangan yang terjatuh dari tingkat 39 sebuah kondominium di Sungai Besi, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, antara pihak dirakam keterangan termasuk ejen rumah, abang kepada mangsa dan rakan serumahnya.
“Selain itu, keterangan turut diambil daripada pegawai polis yang bertugas di pusat kawalan Cheras dan pemilik kereta dimana lokasi mangsa terjatuh,” katanya, hari ini.
Kata Aidil, bedah siasat yang dijalankan semalam mendapati mangsa maut akibat ‘multiple injuries due to fall from height” (pelbagai kecederaan disebabkan jatuh dari tempat tinggi).
“Jasad mangsa sudah dituntut pihak keluarga di Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), petang semalam.
“Setakat ini kejadian tiada unsur jenayah,” katanya lagi.
Laporan media semalam menyebut, remaja berusia 19 tahun yang menetap di Semenyih itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian setelah terjatuh dari tingkat 39.
Siasatan awal mendapati, mangsa jatuh terhempas ke atas bumbung sebuah kenderaan yang diletakkan di hadapan sebuah restoran.
Aidil berkata, semakan ke atas rakaman televisyen litar tertutup (CCYV) di ruang legar tingkat 38 tempat mangsa menyewa bilik mendapati remaja itu keluar dari rumah meluru berlari ke ruang tangga tingkat 39.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






