35,000 tetamu hadir Sambutan Aidilfitri Madani Negeri Perak 2025
IPOH – Lebih 35,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, di sini malam tadi.
Program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama kerajaan negeri Perak itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bertemakan Ihsan Menyentuh Jiwa, Toleransi Menyatu Negara, majlis tersebut berlangsung dalam suasana penuh meriah dan harmoni dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat.
KPKT dalam satu hantaran di Facebook berkata, kementerian itu akan terus komited dalam memperkukuh nilai inklusiviti dan perpaduan sejajar dengan agenda Malaysia Madani.
“Sambutan ini juga menampilkan pelbagai elemen kebersamaan melalui penglibatan komuniti.
“Antaranya Fire Kitchen oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malsyaia (JBPM), usahawan Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) serta wakil komuniti Kampung Baru Cina yang menyajikan pelbagai juadah tradisional dari seluruh negara,” menurut kenyataan itu.
Tambahnya, KPKT akan terus memperkasa peranan sebagai penghubung antara rakyat dan pemimpin melalui penganjuran program-program berimpak tinggi yang menyatukan masyarakat dan memelihara keharmonian negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








