Dua maut motosikal bertembung di Rantau Panjang
RANTAU PANJANG – Seorang wanita dan seorang remaja perempuan maut selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung dalam kejadian di Gual Tinggi, di sini tengah malam semalam.
Dalam nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.20 tengah malam itu, kedua-dua mangsa, Zurini Muhammad Nor, 44 dan Nurul Aleeya Balqis Mohd Noor, 14, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Seorang lagi remaja perempuan yang membonceng motosikal Nurul Aleeya Balqis turut mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Hamzah Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.21 tengah malam sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang kedua-dua mangsa bertembung secara berhadapan. Akibatnya, mereka mengalami kecederaan serius dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas bagi proses bedah siasat.
Kes disiasat pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Dalam video yang tular di media sosial, motosikal yang ditunggang Nurul Aleeya Balqis dilihat membelok secara tiba-tiba lalu bertembung dengan motosikal ditunggang Zurini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








