Lencana Jalur Gemilang wajib pada seragam murid mulai bulan depan
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid sebagai langkah menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
Pelaksanaan inisiatif itu akan bermula pada 21 April 2025 dan dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di bawah KPM.

Menurut kenyataan KPM, setiap murid akan menerima dua unit lencana secara percuma bagi sesi persekolahan 2025/2026. Lencana tersebut berbentuk pin dan mudah disematkan pada pakaian seragam.
“Kami berharap inisiatif itu dapat meningkatkan rasa bangga dan hormat kepada negara selain membentuk disiplin murid,” menurut kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, KPM menjelaskan bahawa tiada tindakan hukuman akan dikenakan terhadap murid yang tidak memakai lencana itu, sebaliknya inisiatif itu lebih bersifat galakan.
“Pemakaian lencana itu tertakluk kepada Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025.
“Lencana itu diperbuat daripada plastik ABS dengan plat keluli dan berukuran 5 cm panjang serta 2.5 cm lebar.
“Edaran akan dibuat terus kepada murid melalui pihak sekolah,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







