BERITA SEMASA

Kerajaan lulus 1,175 projek pembangunan semula sekolah daif liputi kos RM12.47 bilion

PUTRAJAYA – Kerajaan telah meluluskan sebanyak 1,175 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara dengan kos keseluruhan bernilai lebih RM12.47 bilion.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), setakat bulan Mac tahun ini, sebanyak 739 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah siap sepenuhnya, merangkumi 258 projek di Sarawak, 229 projek di Sabah dan 252 projek di negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

Tambah KPM, sebanyak 203 projek sedang dalam pembinaan, manakala 233 projek lagi berada pada peringkat prabina.

“Pada tahun 2025, Kerajaan Madani telah meluluskan pembinaan sebanyak 122 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif baharu di seluruh negara.

“Ia adalah merupakan jumlah kelulusan tertinggi dalam tempoh lima tahun terakhir,” kata KPM dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, KPM berkata, pihak kementerian sentiasa berusaha memastikan akses pendidikan terbaik dapat disediakan demi manfaat murid dan seluruh masyarakat.

“KPM proaktif dalam memastikan isu sekolah daif ditangani segera menerusi pelaksanaan inisiatif projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button