BERITA SEMASA

147 peniaga bazar Aidilfitri Kota Tinggi terima bantuan 

KOTA TINGGI – Seramai 147 peniaga Bazar Aidilfitri di daerah ini menerima sumbangan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri Johor bagi meringankan beban akibat bencana banjir yang melanda minggu lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bantuan tersebut diberikan sebagai inisiatif kerajaan negeri untuk membantu peniaga yang terjejas akibat fenomena Monsun Timur Laut gelombang ke-5.

bazar aidilfitri
Datik Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan bantuan kepada peniagabyang terjejas – Foto FB

“Minggu lepas, sebahagian kawasan di Kota Tinggi telah mengalami bencana banjir yang turut menjejaskan para peniaga Bazar Aidilfitri.

Justeru, sejumlah bantuan telah diperuntukkan bagi mengurangkan kos kerugian dan kerosakan barangan jualan yang mereka tanggung,” katanya dalam satu hantaran di Facebook selepas menghadiri majlis penyerahan bantuan di Astaka Budaya, Kota Tinggi.

bazar aidil fotri
Peniaga peniaga penerima bantuan banjir – Foto FB

Beliau berharap bantuan itu dapat membantu para peniaga meneruskan perniagaan menjelang Aidilfitri.

Sebelum majlis penyerahan bantuan, Mohamed Khaled turut menghadiri majlis iftar bersama penduduk setempat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button