BERITA SEMASA

IPT terjejas banjir diberi kelonggaran laksana PdP – KPT

PUTRAJAYA – Semua institusi pengajian tinggi (IPT) yang terjejas akibat banjir diberi kelonggaran untuk melaksanakan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan berkata, kelonggaran itu dibuat bagi memastikan proses pembelajaran pelajar tidak tergendala.

KPT

Katanya, beberapa negeri di Pantai Timur dan utara dilanda banjir yang bukan sahaja menenggelamkan kediaman, malah menjejaskan premis IPT sehingga mengganggu operasi harian dan keselamatan warga kampus.

“Sebagai langkah memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan warga IPT, KPT memberi kelonggaran kepada semua IPT yang terjejas untuk melaksanakan PdP secara dalam talian bagi memastikan kesinambungan pembelajaran pelajar tidak terganggu,” kata kenyataan itu, hari ini.

Selain itu, bilik gerakan banjir di IPT turut diaktifkan bagi membolehkan pelajar, kakitangan dan ibu bapa mendapatkan maklumat terkini serta bantuan segera termasuk makanan, tempat perlindungan sementara dan keperluan asas lain.

Dalam kenyataan sama, KPT turut menyeru semua warga IPT supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa, berada di kawasan selamat dan mengutamakan keselamatan diri sepanjang bencana ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button