BERITA SEMASADALAM NEGERI

DBKL lancar VisitKL, pusat sehenti pelancongan Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini melancarkan portal dan aplikasi mudah alih VisitKL yang dibangunkan sebagai pusat sehenti pelancongan Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif dalam acara yang berlangsung di Mayor’s Courtyard, Jalan Tangsi, di sini.

“VisitKL berperanan sebagai platform utama bagi mempromosikan sektor pelancongan di ibu negara.

Pelancaran VisitKL merupakan salah satu usaha strategik DBKL dalam menyokong Kepengerusian ASEAN 2025 dan persiapan menuju Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Melalui portal dan aplikasi ini, orang ramai boleh mengakses pelbagai maklumat berkaitan destinasi pelancongan ikonik, acara budaya, aktiviti tempatan serta pengalaman menarik yang ditawarkan di sekitar Kuala Lumpur,” kata beliau melalui hantaran di Facebook DBKL.

Tambah Maimunah, VisitKL turut memuatkan Calendar of Events bagi membolehkan pelawat mendapatkan maklumat terkini tentang aktiviti dan program yang dianjurkan oleh DBKL sepanjang tahun.

“Pelancaran VisitKL merupakan salah satu usaha strategik DBKL dalam menyokong Kepengerusian ASEAN 2025 dan persiapan menuju Tahun Melawat Malaysia 2026.

Maimunah bersama barisan kakitangan DBKL bergambar kenangan selepas majlis pelancaran portal dan aplikasi VisitKL.

“Bagi memastikan kesiapsiagaan bandar raya Kuala Lumpur dari pelbagai aspek, DBKL turut menubuhkan dua jawatankuasa khas yang berperanan memperkukuh inisiatif pengindahan bandar serta kesejahteraan komuniti secara menyeluruh.

“DBKL yakin bahawa dengan adanya platform VisitKL, Kuala Lumpur akan terus berkembang sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa yang lebih berdaya saing, tersusun dan mesra pengunjung,” jelasnya.

Orang ramai dialu-alukan untuk melayari portal tersebut dan memuat turun aplikasi VisitKL yang kini tersedia di Google Play Store dan Apple App Store.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button