Luar Negara

Arahkan empangan dikeringkan, pegawai kerajaan digantung tugas

Gara-gara telefon bimbit terjatuh ketika mahu berswafoto

NEW DELHI – Seorang pegawai kerajaan digantung tugas selepas dia mengarahkan sebuah empangan dikeringkan sepenuhnya bagi mencari telefon bimbitnya yang hilang ketika mahu berswafoto.

Operasi pengeringan tersebut memakan masa selama tiga hari dan ketika ditemukan, telefon milik Rajesh Vishwas itu sudah tidak lagi berfungsi kerana sudah dimasuki air.

Vishwas ketika membela diri berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana telefon tersebut mengandungi data kerajaan yang sensitif dan perlu disimpan.

Namun, dia didakwa kerana menyalahgunakan kuasa.

Insiden itu berlaku di Empangan Kherkatta di negeri Chhattisgarh.

Sebelum operasi pengeringan, Vishwas mengupah khidmat penyelam untuk mencari telefon tersebut, namun gagal.

Katanya, dia sudah memperoleh kebenaran untuk melakukan tindakan tersebut dan mengalirkan air yang dipam ke saliran air berhampiran.

Vishwas mempertahankan tindakannya dengan menyatakan air tersebut boleh digunakan para petani untuk tanaman mereka, terutamanya sawah padi.

Show More

Related Articles

Back to top button