SUKAN

Azeem Fahmi cipta sensasi, pecah rekod kebangsaan

KUALA LUMPUR – Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi sekali lagi mencipta kejutan apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan bagi acara 60 meter (m) dalam dewan dengan catatan 6.56 saat (s).

Pelari berusia 20 tahun itu mencipta rekod baharu itu dalam pertandingan di Bryan-College Station, Texas, Amerika Syarikat (AS) sebentar tadi.

Azeem berjaya menamatkan larian di tempat ketiga dalam perlumbaan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships, sekali gus menggondol pingat gangsa buat Universiti Auburn. 

Rakan sepasukannya pula, Israel Okon, membawa pulang pingat perak dengan hanya dibezakan satu saat sahaja dengan pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou itu

Sebelum ini, Azeem melakukan larian sepantas 6.60s dalam Kejohanan Jemputan Paw di South Carolina.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button