SUKAN

Olimpik Paris 2024: Azeem lepasi halangan pertama

KUALA LUMPUR – Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi berjaya ke pusingan pertama acara 100 meter (m) selepas menamatkan saingan di tempat kedua dalam saringan pertama, Olimpik Paris 2024 sebentar tadi.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou itu mencatat masa 10.42 saat (s) untuk berada di belakang pelari Gambia, Ebrahima Camara yang muncul juara dengan catatan 10.29s.

Atlet Singapura, Marc Brian Louis menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas mencatat masa 10.43s.

Dua pelari terpantas dalam setiap saringan pusingan kelayakan dan empat terpantas seterusnya layak ke pusingan pertama.

Azeem yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s dijadual beraksi dalam pusingan pertama pada jam 5.45 petang ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button