BERITA SEMASASUKAN

LTdL 2025: Laluan hanya liputi kawasan Semenanjung

PUTRAJAYA – Jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) akan kembali dengan edisi ke-29 tahun ini pada 28 September hingga 5 Oktober.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, jelajah tahun ini akan berlangsung dalam lapan peringkat meliputi kawasan Semenanjung Malaysia.

Hannah (dua, kiri) bersama timbalannya dan KSU KBS ketika melancarkan laluan LTdL 2025 di Putrajaya, hari ini.

Hannah berkata, tiada peringkat perlumbaan dianjurkan di Sabah dan Sarawak bagi edisi kali ini, akibat kekangan peruntukan.

“Seperti tahun lepas, kita ada bawa ke Sarawak, namun ia memakan kos yang agak tinggi.

“Oleh kerana kekangan peruntukan, laluan (edisi tahun) ini yang paling optimum untuk kita (berdasarkan peruntukan),” kata Hannah.

Hannah berkata demikian selepas hadir merasmikan Majlis Pengumuman Laluan LTdL 2025, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalannya, Adam Adli; Ketua Setiausaha KBS, Dr K. Nagulendran; dan Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal.

Jelajah LTdL 2025 akan bermula di Pulau Langkawi dan berakhir di Kuala Lumpur.

Berlangsung dalam lapan peringkat, jelajah ini akan meliputi jarak sejauh 1,257.8km selama lapan hari.

Laluan LTdl 2025
Peringkat 1 – Pulau Langkawi (96.5km)
Peringkat 2 – Padang Besar – Kepala Batas (170.1km)
Peringkat 3 – Gerik – Pasir Putih (198.2km)
Peringkat 4 – Kuala Terengganu – Kemaman (140.8km)
Peringkat 5 – Temerloh – Fraser’s Hill (133.7km)
Peringkat 6 – Shah Alam – Port Dickson (123.4km)
Peringkat 7 – Melaka – Medini (214.6km)
Peringkat 8 – Tangkak – Kuala Lumpur (180.5km)

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button