Jenayah & Mahkamah

Muhyiddin tiba di Mahkamah Shah Alam

SHAH ALAM – Presiden Bersatu,Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi menghadapi pertuduhan berhubung wang dalam akaun parti Bersatu.

Muhyiddin bersama isterinya tiba pada jam pada jam 8.18 pagi sambil diiringi polis pengiring.

Setakat jam 8.30 pagi ini, hanya dua orang pemimpin Bersatu yang menghadirkan diri di sini, iaitu Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sementara itu, suasana di perkarangan mahkamah di sini agak tenang dengan kehadiran beberapa penyokong Perikatan Nasional (PN) dan anggota polis yang mengawal lalu lintas.

Pada jumaat, Muhyiddin mengaku tidak bersalah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menerima rasuah RM232.5 juta dan dua tuduhan penggubahan wang haram berjumlah RM195 juta.

Beliau bagaimanapun telah diikat jamin RM2 juta dengan dua orang penjamin serta dikehendaki menyerahkan pasport sehingga kes selesai.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button