Jenayah & Mahkamah

Dakwaan jatuhkan kerajaan, Bukit Aman akan siasat Hadi

KUALA LUMPUR – Bukit Aman akan menjalankan siasatan ke atas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha menjatuhkan kerajaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan itu akan dilaksanakan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Beliau sebelum itu mengesahkan, pihaknya menerima laporan terhadap Ahli Parlimen Marang itu, yang dibuat Pemuda Amanah dan Pemuda PKR Selangor di IPD Dang Wangi, semalam.

“Kes berkenaan akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya ringkas ketika diminta mengulas perkembangan isu itu dalam satu sidang akhbar di IPD Sentul.

Laporan polis semalam dibuat Exco Pemuda Amanah, Fadhli Umar Aminol Huda dan Ketua PKR Selangor, Izuan Kasim, berhubung kenyataan Hadi yang mengaku terdapat usaha dijalankan PN dan parti blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadi pada Isnin ketika ditemu bual media di Parlimen berkata, tiada sesiapa pun boleh menghalang usaha PN itu berdasarkan sistem demokrasi diamalkan Malaysia dan ia boleh dilakukan sama ada melalui undi tidak percaya atau akuan berkanun (SD).

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button