
MOTAC batal lesen operasi Al Quds Umrah & Tours
PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini mengumumkan pembatalan lesen syarikat Al Quds Umrah & Tours (M) Sdn. Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.
Pesuruhjaya Pelancongan, Datuk Wira Roslan Tan Sri Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], yang memperuntukkan kuasa kepada kementerian untuk menggantung atau membatalkan lesen syarikat pelancongan sekiranya berlaku pelanggaran peraturan yang ditetapkan.
“Adalah dimaklumkan selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat Al Quds Umrah & Tours (M) Sdn. Bhd. [199501035815 (365017-P)].
“Kementerian ini memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Lesen syarikat pengendali pakej umrah itu digantung sejak 9 Julai tahun lalu setelah didapati melanggar syarat di bawah Akta 482, termasuk tindakan yang menjejaskan kepentingan awam, industri pelancongan, dan ekonomi negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















