BERITA SEMASA

YDPA tegur Ahli Parlimen masih berperangai buruk di Parlimen

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegur segelintir Ahli Parlimen yang masih mengamalkan ‘perangai buruk’ ketika berhujah di Dewan Rakyat.

Tuanku bertitah, Parlimen adalah dewan perhimpunan paling utama dalam sistem negara yang menjadi gelanggang pertemuan suara rakyat, tempat di mana undang-undang digubal, dan satu medan semak dan imbang ke atas pentadbiran negara.

Justeru, Parlimen bukanlah tempat untuk bertegang urat, memaki hamun dan menabur fitnah, dan juga bukan tempat untuk bermain politik.

“Masih ada juga segelintir ahli yang sukar untuk membuang tabiat lama.

“Tidak perlu saya senaraikan perangai buruk tersebut, kerana saya percaya setiap ahli sedar dan tahu, bagaimana untuk menjaga tingkah laku masing-masing,” titah baginda, hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Ke-15, di sini hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button