BERITA SEMASALUAR NEGARA

Coca-Cola arah penarikan semula produk selepas kesan tahap klorat tinggi dalam minuman

BRUSSELS – Unit pembotolan Eropah Coca-Cola telah menarik balik produk mereka di beberapa negara di Eropah selepas mengesan tahap klorat yang tinggi dalam minuman terbabit, sekali gus berisiko menimbulkan kesan terhadap kesihatan.

Coca-Cola Europacific Partners Belgium dalam satu kenyataan memaklumkan penarikan balik tersebut tertumpu di Belgium, Luxembourg serta Belanda, dengan hanya lima produk telah dihantar ke Britain dan produk tersebut sudah dijual.

“Produk yang terjejas termasuk jenama Coke, Fanta, Sprite, Tropico, dan Minute Maid, menurut cawangan Coca-Cola di Belgium yang mengendalikan pembotolan dan pengedaran antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Klorat boleh terbentuk apabila disinfektan berasaskan klorin yang digunakan dalam rawatan air dan pemprosesan makanan.

Syarikat itu berkata, ia tidak menerima sebarang aduan pengguna di Britain dan telah memaklumkan pihak berkuasa mengenai perkara tersebut untuk terus bekerjasama dengan mereka.

“Isu ini hanya melibatkan sebilangan kecil tin yang diimport dari Appletiser, Coca-Cola Original Taste, Coca-Cola Zero Sugar, Diet Coke, dan Sprite Zero dengan kod pengeluaran dari 328 GE hingga 338 GE yang boleh ditemui pada bahagian bawah tin,” katanya.

Sementara itu, kebanyakan produk yang belum dijual telah ditarik balik dari rak dan syarikat itu sedang dalam proses menarik balik produk selebihnya.

Susulan itu, Coca-Cola Europacific Partners memohon maaf atas penarikan semula itu, yang disedari melalui pemeriksaan rutin di tapak pengeluarannya di Ghent.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button