BERITA SEMASALUAR NEGARA

Presiden Korea Selatan Yoon ditahan

KUALA LUMPUR – Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol ditahan penyiasat di kediamannya hari ini untuk disoal siasat atas dakwaan pengisytiharan undang-undang tentera pada 3 Disember lalu.

Menurut laporan agensi berita Yonhap memetik Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO), waran tangkap Yoon dilaksanakan pada 10.33 pagi.

Rakaman TV secara langsung menunjukkan konvoi kenderaan membawa Yoon meninggalkan perkarangan kediaman presiden di tengah Seoul menuju pejabat CIO di Gwacheon, selatan Seoul.

Yoon yang digantung tugas selepas Dewan Negara yang dikuasai pembangkang meluluskan usul pemecatannya pada 14 Disember lalu, berdepan pertuduhan mengatur pemberontakan dan menyalahgunakan kuasa.

Beliau dituduh mengarahkan tentera ke Parlimen selepas mengisytiharkan undang-undang tentera pada malam 3 Disember untuk menghalang Ahli Parlimen membatalkan dekri itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button