Jenayah & Mahkamah

PDRM pantau aktiviti berkait Daesh di media sosial

BANGI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memantau rapi aktiviti media sosial kumpulan di Malaysia yang dikaitkan dengan Islamic State (IS) atau fahaman Daesh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beberapa media tempatan telah melaporkan bahawa terdapat aktiviti media sosial oleh kumpulan di negara ini yang berkait rapat dengan fahaman berkenaan.

Menurut beliau, laporan media didapati berasaskan maklumat yang diperolehi daripada Nordic Counter Terrorism Network dari Finland.

“PDRM sejak awal lagi telah mengesan dan terus memantau secara rapi penyebaran propaganda melalui media sosial sebagai usaha mereka melalui media sosial sebagai usaha mereka meraih sokongan kepada kumpulan yang dikaitkan dengan Islamic State.

“Salah satu langkah PDRM adalah mewujudkan kolaborasi rapat dengan agensi-agensi keselamatan serantau bagi memantau penyebaran propaganda seumpama itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Acryl Sani lagi, langkah itu adalah bagi memastikan tindakan dapat diambil ke atas pihak-pihak yang dikenalpasti terlibat.

Menurutnya, dalam usaha itu, kesemua agensi sedang memainkam peranan secara aktif dan pemantauan telah ditingkatkan bagi memastikan tahap ancaman keselamatan terjamin.

Sehubungan itu, tegas beliau lagi, orang ramai dinasihatkan agar tidak gusar dengan laporan media mengenai aktiviti penyebaran propaganda oleh pihak-pihak yang menyokong Daesh.

“Berdasarkan situasi semasa, PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan negara adalah terkawal dan dalam masa yang sama, PDRM komited dalam memastikan sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan kententeraman awam diambil tindakan tegas tanpa kompromi demi mengekalkan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button