Didakwa jual sandwich diragui logo halal, UM tutup dua premis 24 jam
KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) telah menutup secara serta merta dua premis jualan runcit 24 jam susulan dakwaan berkenaan penemuan produk pek sandwich yang memaparkan label ‘sandwich ham & cheese’.
UM dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan itu juga adalah kerana keraguan terhadap penggunaan logo halal bagi produk tersebut yang didapati di gedung berkenaan.
“Arahan penutupan tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang agar siasatan yang dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak terganggu.
“Premis berkenaan akan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.
Dalam pada itu, UM berkata, pihaknya sentiasa memastikan bahawa produk yang terjual dalam kampus adalah daripada pembekal yang mematuhi undang-undang, piawaian, peraturan dan prosedur yang dikenakan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








