Berita SemasaPM X
PM selamat tiba di Peru, hadiri Persidangan APEC
LIMA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lima, Peru bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2024.
Perdana Menteri berkata, dalam persidangan ini, beliau akan menekankan komitmen Malaysia ke arah memperkukuh kerjasama ekonomi.
“Dalam persidangan ini juga, saya akan memupuk pembangunan yang saksama dan inklusif buat semua,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.
Sementara itu, Anwar berkata, beliau juga dijadual mengadakan pertemuan bersama Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra serta berinteraksi bersama komuniti perniagaan Malaysia dan Peru.
“InsyaAllah, saya akan lakukan yang terbaik buat negara dan rakyat,” katanya lagi.